fbpx

Kaka Azraff Mahu Tambah Tiga Anak Lagi

Anak sulungnya bakal memasuki usia setahun pada Oktober depan, penyanyi Kaka Azraff berkata dia tidak menolak untuk menimang cahaya mata lagi dalam masa terdekat.

Akui dirinya bukan lagi muda, Kaka berkata dia merancang untuk memiliki tiga hingga empat orang cahaya mata. Ujarnya, dia dan suami tidak merancang dan menyerahkan rezeki zuriat kepada Allah.

BACA: Kaka Azraff Penat Sangat Jaga Anak Sampai Menangis

“Saya tak kisah sekiranya diberikan rezeki mengandung lagi. Ini kerana saya bukannya makin muda, usia makin bertambah. Lagipun, takkan nak tunggu Aslan besar baru nak tambah anak.

“Bagaimanapun, saya dan suami tidak merancang, kami serahkan rezeki pada Allah. Kalau ada rezeki, kami terima. Suami pun terbuka soal ini,” katanya kepada BH Online.

Dalam pada itu, Kaka berkata kehidupannya kini cukup lengkap dengan kehadiran cahaya mata pertamanya, Aslan Adam. Meskipun sibuk dengan kerja namun gembira melihat anak membesar depan mata.

“Alhamdulillah, saya seronok melihat anak membesar depan mata. Walaupun kerja saya tidak menentu, ada kala hingga tengah malam baru datang idea, tetapi tidak mengapa, saya suka dengan kesibukan ini,” katanya.

Terdahulu, Kaka berkongsikan kisah kehidupannya selepas dikurniakan cahaya mata di mana dia mengakui banyak pengorbanan yang dilakukan setelah bergelar ibu.

Kaka berkata dia sangat mengagumi pada suami ibu sama ada yang bekerja mahupun yang menjadi suri rumah sepenuh masa. Malah, mengakui adakalanya dia menangis kerana penat menjaga anak.