Kaka Azraff Berpantang Di Pusat Penjagaan 5 Bintang
Selamat melahirkan cahaya mata sulung padaa 12 Oktober lalu, Kaka Azraff memilih untuk berpantang di sebuah pusat penjagaan mewah bertaraf lima bintang yang terletak di Kuala Lumpur.
Bakal berpantang selama 28 hari di pusat penjagaan tersebut, Kaka berkata dia memilih tempat berkenaan kerana mahu memastikan keadaan diri dan anak mendapat penjagaan yang baik.
BACA: Kaka Azraff, Suami Pilih Nama Anak Aslan
“Lagipun di sini saya dan anak dijaga dengan rapi selain terdapat aktiviti sihat untuk ibu yang baru melahirkan zuriat.
“Selalunya kita dengar wanita baru melahirkan anak akan berpantang di rumah, kemudian ada penjaga khusus yang datang untuk memantau. Tapi ketika mendengar mengenai pusat penjagaan ini saya teringin untuk rasai sendiri pengalaman ini.
“Alhamdulillah saya seronok dan semuanya berada dalam keadaan yang baik. Malah suami juga boleh tinggal bersama,” katanya.
Berkongsikan pengalamannya bergelar ibu, Kaka berkata anaknya yang diberi nama Aslan sangat mudah dijaga dan tidak banyak ragam. Malah, anaknya juga tidak kuat menangis.
Kaka atau nama sebenarnya, Nor Atiqa Noor Azraff, dan Adam mendirikan rumah tangga pada 14 Disember tahun lalu.
- SUMBER
- Harian Metro
huntonglah rezeki murah , ada orang rezeki macam tahik berpantang dalam stor saja…
Mcm best jugak tp den pantong kat umah je.. there’s no place like home.. tapi tempat tu bagus jgak lah dgn ada pemantauan dr doktor nurses lagi.. klu bnyk duit bolehlah hihi nak tau jugak brapa kos ye
LYC mmg best. Package berdasarkan bilik. Range dari 15k-25k selama 28 hari.Ada CCTV , boleh check anak melalui telefon kalau kita minta dia tolong jagakan, bilik mcm hotel. Ada package berpantang dengan Tanamera, semualah. Kalau ada bujet, boleh try.
Dpt sponsor kut… tu yg beriya promot..
Kalau bukan d sponsor..mintak mahap noh Kaka
Org biasa mcm akak … Lepas 3 hari beranak kena drive antar anak sulung sekolah …sedih .
Ye ke kak.. kesiannye.. sy 3 hari branak bru anak kluaq wad.. bertabahlah akak
Berpantang ni satu jgn renyah2,byk mkn sayur n buah n protin, senaman ikut nasihat doktor, jgn gedik2 atau membirah,mmg selamat. Pd yg mampu x salah nk cuba cam Kaka ni, pd yg x mampu ikut style tok/nenek kita pun ok jgk. Jiran nenek aku dulu arini beranak lat 2 hari dh gi noreh getah.ish..ish ngeri, tapi dia mkn apatah skrg umur dia dh 66thn tapi kuat bak umur 40an jer…nk korek rahsia kat dia nooo…
Ye la … Beranak pagi keluar hospital ptg … Benda biasa la kat Luar negara dik non ooi…
Tak boleh mengada ngada …mcm kat Msia …
Pas tu semua kena buat sendiri ….