fbpx

Kak KM Tegur Anak Jangan Terlalu Seksi

Usahawan sensasi, Liana Rosli atau Kak KM berkata dia tetap ambil peduli mengenai soal berpakaian dan penampilan anak-anak perempuannya, Nabila dan Rania.

Memetik Utusan Online, Kak KM berkata meskipun dia tampil seksi namun baginya ada had serta batas yang perlu dijelaskan kepada anak-anak supaya tidak keterlaluan.

BACA: Kak KM Berang Netizen Tuduh Anak Sakit Sebab Dosa Ibu

“Saya selalu pesan kepada mereka, nak pakai apa, pakailah. Tapi, agak-agaklah. Pandang sedikit cermin itu. Kalau terlampau terdedah, tutup sedikit. Kalau pendek sangat (skirt), tutup juga. Tapi saya tak boleh nak terlalu marah mereka sebab saya juga pernah muda, badan pernah cantik dan berpakaian seksi.

“Tapi saya tak pernah tinggal nasihat, suruh mereka jaga nama saya sebab masyarakat kenal mereka sebab saya. Saya tak mahu orang bercakap, mak begitu patutlah anak begini,” katanya.

Dalam pada itu, Kak KM berkata dia tegas dalam mendidik anak-anak serta tidak akan membenarkan mereka keluar tanpa pengawasan.

“Sampai hari ini saya tak benarkan mereka keluar sendiri. Kalau mereka ke mana-mana, mesti berteman, dengan saya atau adik beradik.

“Rania pula saya tak benarkan langsung keluar sendirian. Ke mana sahaja mesti dengan saya. Perkara itu memang saya beringat dan jaga,” kongsinya.