fbpx

Kak KM Berang Netizen Tuduh Anak Sakit Sebab Dosa Ibu

Umum mengetahui, anak kepada usahawan sensasi Liana Rosli atau Kak KM iaitu Rania Razman menghidap jantung berlubang.

Difahamkan, Rania kini berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara dan masih dalam tempoh rawatan.

BACA: Kak KM Bengang Wajah Anak Disamakan Dengan OKU Sindrom Dobby

Bagaimanapun, ada netizen mulut celupar mendakwa Rania jatuh sakit disebabkan perbuatan Kak KM yang gemar melakukan aksi panas di media sosial.

“Dosa mak (Kak KM),” tulis individu tersebut.

Tidak hanya berdiam diri, Kak KM yang berang dengan komen netizen itu mendoakan agar individu itu menerima balasan setimpal dengan apa diperkatakan.

“Aku harap kau akan dapat balasan setimpal dengan mulut bar** kau. Dasar mandul,” tulisnya,

Sementara itu, memetik Xtra, Kak KM mendoakan agar kata-kata netizen itu berbalik semula kepada keluarga mereka. Kak KM juga menganggap apa yang berlaku adalah ujian dan takdir yang telah ditentukan Allah.

“Aku minta doa itu berbalik kepada kau. Kau tanggunglah selepas ni, anak kau akan sakit. Kau akan dapat balasan yang teruklah, nak nak pulak kepada orang yang kau sayang,” katanya.

“Saya tak menyesal dengan kehidupan sekarang. Saya follow the flow je. Dugaan hidup saya memang teruk, jadi saya takkan lari tetapi selesaikan satu persatu,” katanya.