fbpx

Kak KM Hadiahkan Anak Rantai Perut Emas

Usahawan sensasi, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli baru-baru ini menghadiahkan seutas rantai emas buat anak sulungnya sempena ulang tahun kelahiran yang ke-20.

Menerusi video dikongsikan di TikTok, Kak KM dilihat sedang berada di sebuah restoran bersama keluarganya yang lain dan membuat kejutan buat anak perempuannya itu.

BACA: Dah Penat Nasihat Kak KM, Netizen Nak Tengok Pengakhiran

@

? –

Apa yang menjadi perhatian, Kak KM menghadiahkan seutas rantai perut emas buat Bella.

“Kita ada kejutan untuk kakak Bella. Selamat Hari Jadi! Semoga panjang umur murah rezeki, jadi pandai, jadi anak yang berguna dan cerah masa depan,” katanya.

Diruangan komen, rata-rata netizen tertanya-tanya adakah rantai tersebut sememangnya digayakan di bahagian pinggang.  Malah, ada yang merasakan ianya perkara baru bagi mereka apabila rantai perut diberikan sebagai hadiah.

Dalam pada itu, ada yang terkejut dengan penampilan Kak KM dan anak perempuannya yang dikatakan terlampau seksi serta sedih melihatnya.