fbpx

Kak KM Akui Sengaja Buat Konten Panas Untuk Tarik Perhatian

Sebut sahaja nama Kak KM atau Liana Rosli, pasti ramai mengenai anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri yang sering mencetuskan kontroversi.

Sering tampil dengan konten panas sehingga dikecam oleh netizen, memetik Astro Gempak, Kak KM berkata dia memang sengaja berbuat demikian untuk menarik perhatian netizen.

BACA: Beli Banglo RM5 Juta, Kak KM Tiada Niat Nak Menunjuk

“Pertama sekali, alhamdulillah sebab tular. Setiap apa yang saya buat mesti akan tarik perhatian netizen dan saya mengharapkan viral.

“Bila viral, menandakan produk saya laku kerana orang akan stalk saya dan ambil tahu apa saya buat, apa saya makan dan apa saya jual. Sebenarnya perkara-perkara viral yang saya buat ini sesuatu yang positif untuk perniagaan saya,” katanya.

Dalam pada itu, Kak KM mengaku dirinya juga manusia biasa yang pasti akan melakukan kesilapan namun dia tetap meletakkan keluarga sebagai keutamaan.

“Ye la, takkan dalam hidup ni kita asyik nak buat benda jahat je kan. Bila soal keluarga saya akan sentiasa utamakan.

“Saya dan adik-beradik sangat rapat dan kami akan sedaya-upaya untuk bahagiakan mak saya, contohnya hari tu dah beli rumah dan kali ini akan ada lagi suprise untuk mak,” katanya.