Beli Banglo RM5 Juta, Kak KM Tiada Niat Nak Menunjuk
Perkongsian usahawan kontroversi, Liana Rosli atau mesra disapa Kak KM menjadi perhatian apabila memuat naik momen berjaya membeli sebuah rumah banglo bernilai RM5 juta.
Menerusi video dikongsikan, Kak KM menerima kejutan dari ahli keluarga dengan menyerahkan kunci rumah ketika dia meninjau banglo berkenaan.
BACA: Kak KM Rimas Artis Suka Sorok Wajah Anak Baru Lahir
Meskipun ramai yang tumpang gembira, namun ada netizen yang meninggalkan komen kecaman di atas kejayaannya itu serta dikatakan seolah sengaja menunjuk kemewahan di media sosia.
Memetik mStar Online, Kak KM berkata dia enggan mengambil pusing dengan kecaman netizen itu. Ujarnya, dia hanya mahu memberi inspirasi kepada orang lain.
View this post on Instagram
“Syukur dengan rezeki yang diberikan. Tuhan mendengar doa saya selama ini. Kalau sentiasa berbuat baik pasti ada rezeki.
“Kalau ada yang tak suka tengok perkongsian saya itu, tutup saja media sosial. Saya kongsi bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi mahu beri inspirasi supaya orang lain turut berusaha lebih kuat untuk miliki apa yang dihajati.
“Lihatlah dari sudut positif. Bersainglah secara sihat untuk capai sasaran sendiri, bukan hanya sekadar kecam dan cakap kosong sahaja,” katanya.
Dalam pada itu, Kak KM berkata dia sudah lali dengan kata-kata negatif yang dilemparkan terhadapnya serta menganggap mereka sebenarnya cemburu.
“Usahawan seperti saya ini memang selalu kena kecam. Tidak kisahlah apa orang hendak katakan, saya hanya lihat dari sudut positif. Semakin dikecam semakin ramai orang kenal produk saya.
“Sebenarnya orang yang selalu kecam inilah ada masalah cemburu. Apa salah sesekali ucap tahniah dengan kejayaan orang lain,” ujarnya.
Mengulas mengenai pembelian rumah tersebut, Kak KM berkata urusan pembelian tanah dan banglo bernilai RM5 juta tersebut dilakukan sejak tahun lalu lagi.
“Saya nak runtuhkan rumah tersebut dan bina sebuah rumah baharu. Saya tak suka nak tinggal di tempat yang pernah didiami oleh orang lain sebelum ini.
“Perancangannya mahu bina rumah dua tingkat dan mesti ada kolam renang. Apa yang penting adalah selesa untuk kami sekeluarga tinggal,” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
Sy sungguh berinspirasi bila tengok awak beli bangelo RM5 juta. Sy pun nak beli jugak tp yg harga RM10 juta. Cuma sy nak tahu bank mana yg sanggup beri awak pinjaman tu sbb sy berinspirasi nak gi pinjam kat bank tu.
Ni ke org ckp istidraj.cara km tu alahai tk menghalalkan cara.
OK la dia mmpu?! Jual majun rege Yahudi!!! Gilosss tk mampu u yer dokkk??
Mgkn byk jga jutaan yg kaya di luar sna yg mampu dari segala mampu….tk menunjuk kekayaan mereka,harap kak KM ni mendapat hidayah dari Allah SWT segi penampilannya,pemakaian tu lh yg membuat kita tambah2 di hormati dan di segani..seksi pun bkn menunjukkan kita cantik,sy bangga dgn usahanya tp sedih dgn penampilannya.
buang masa kamu minat dan dokong artis seperti ini….tak memberi manafaat dunia&akhirat.Abaikan kisah2 mereka yg melalaikan kita….
Kalau nak buat rumah sendiri, kenapa tak beli tanah kosong je, pastu bina la segah mana pun. Cam kelakar je dah beli rumah juta2 pastu nak robohkan sebab taknak duduk bekas orang ?
just nak komen, buruknya banglo ni. hahahaha
ak syok tgk dorg nih sbb level keyakinan yg dorg cantik sgt tinggi.. tahap perasan la lebih kurang walaupun bg ak x lawa mn pon.. ak abaikan pemakaian dorg sebab semua org ada ujian memasing.. but bila ak jumpa video c KM nih pakai bikini, bg ak ni dh too much.. time pregnantt pulak tu.. sampai ke situ ko cabar ALLAH.. ok bye bye
Boleh tak nak tanya.. sampau sekrg tk tau kak km ni jual produk apq.. apa nama produk dia.. lahai… ?
Boleh tak nak tanya.. sampau sekrg tk tau kak km ni jual produk apq.. apa nama produk dia.. lahai… ?
at least prodak dia banyak dah bantu wanita2 yg nak ngandong. errmmmm. rezekia dia ..
Duit hasil melucah, tertonggeng tonggeng, cakap lucah & dedah body kat social media demi menjual majun. Demi Allah, sikit pun kitaorang tak jealous walaupon harta ko setinggi gunung. New money. Is it a Barakah money ???
@Joyah Cyber.
deep down dalam hati u yg paling dalam, i tahu u jelos nok … wakakakaka
Tahniah kak KM … gara2 baca newas pasal Kak KM beli umah 5juta mlm tadi saya bermimpi jumpa kak Km masyaallah saya betul2 rasa macam nak berjaya seperti beliau… semoga Allah berikan saya peluang untuk berja seperti beliau
Tahniah kak KM … gara2 baca newas pasal Kak KM beli umah 5juta mlm tadi saya bermimpi jumpa kak Km masyaallah saya betul2 rasa macam nak berjaya seperti beliau… semoga Allah berikan saya peluang untuk berja seperti beliau
Berhenti lah menfitnah mengata mengutuk n bercerita buruk tentang org lain.. jgn kita mudah mengambil kerja Allah.. kenapa lah busuk sgt hati kita utk melihat n menampakkan keburukan org lain..
Kita tak tau pengakhiran hidup kita.. dah banyak contoh yg Allah bagi dlm Al-Quran tentang apa yg berlaku
Biar Allah yg buat kerja dia..
Syurga neraka dosa pahala hak Allah
Siapalah kamu untuk menghukum org lain
Carilah keburukan diri sendiri tu yg lebih baik
sebenarnya harga rumah tu 1.2 million je haritu kakak dia si lydia tu yg ckp kat story masa diorang buat suprise .. ni tiber pulak ckp 5juta puikkk lebih kuah dari nasikk
Bagi orang kebanyakan mcm kita ni mestila harap kan loan bank.. Tapi sbnarnya klo ada duit boleh je beli cash..Mcm kes dia ni most probably dia beli cash. Kalau dia hutang pun mesti ada cagaran yg lbh besar Dr harga rmh ni. Apapun tahniah la 1.2 juta ke 5 juta ke.. Dh berjaya beli. Rezeki dia. I xkenal pun kak KM ni kenal mak dia jew..gitew..
Rezeki dia, dia beli umah RM5 juta bukan nak menunjuk, dia beli cash, produk dia banyak membantu wanita nak ngandong, ada yg sampai mimpi nak jd kaya macam dia. Kalau beli umah utang RM5 juta mesti ada cagaran yg lebih besar dari harga umah tu. Pendek kata sumer alasan baik punya. Yg sapot dia sumer org yg sama menyamar nama lain2. Bukti jelas bila kata I tak kenal pun KKemut ni ……. Bila lhdn tanya jawapanya saya lebong je Encik.