fbpx

Nampaknya pelakon Hollywood kelahiran Malaysia, Datuk Michelle Yeoh khabarnya sudah bersedia untuk menamatkan zaman solo tidak lama lagi.

Perkara ini menjadi bualan ramai peminat selepas beberapa laporan media di internet menyebut yang Michelle Yeoh bersedia untuk melangsungkan majlis perkahwinan di kampung halaman beliau.

“Saya sedang berfiir bagaimana untuk melangsungkan upacara khas untuk perkahwinan saya nanti,” kata kata Michelle Yeoh yang di’petik media.

Pelakon berusia 50 tahun ini khabarnya berhasrat untuk melangsungkan majlis perkahwinan di Ipoh, Perak kerana bapa beliau yang mengalami kesukaran untuk bergerak jauh di usia 87 tahun kini.

Rancangan Michelle Yeoh ini di’kongsikan dengan semua wartawan yang hadir pada tayangan perdana filem dokumentari bertajuk Pad Yatra: A Green Odyssey yang beliau bertindak sebagai Penerbit Eksekutif.

Datin Janet Yeoh, ibu Michelle Yeoh bagaimana pun berkata yang beliau tidak tahu menahu akan sebarang perancangan perkahwinan kerana anaknya itu ketika ini tidak berada di Malaysia.