fbpx

Kahwin: Mia Ahmad Banyak Guna Duit Sendiri

Bakal menghampiri hari bahagia pada 31 Januari ini, Mia Ahmad pada ketika ini amat sibuk membuat persiapan perkahwinannya bersama penjaga gol JDT, Mohd Izham Tarmizi Roslan. Bila saha selebriti ingin melangsungkan perkahwinan pasti soal tajaan ditanya, namun bagi Mia, dirinya lebih selesa menggunakan duitnya sendiri kerana perasaanya lebih puas.

BACA: Mia Ahmad, Mohd Izham Nikah 13 Januari Ini

“Saya sudah bercuti dari sebarang aktiviti seni dan sekarang sibuk dengan persiapan terakhir untuk majlis pernikahan minggu depan. Perasaan sudah tentu risau dan berdebar juga, nasib baik persiapan majlis saya dibantu oleh keluarga dan perunding perkahwinan”

“Saya terima tajaan untuk baju dan pelamin serta beberapa perkara kecil sahaja, selebihnya saya pakai duit sendiri. Kalau boleh perkahwinan mengikut cita rasa saya dan saya sendiri lebih selesa dan puas jika menggunakan duit sendiri untuk majlis ini,” katanya kepada m Star Online.

Semakin berdebar menantikan hari bahagianya, Mia mengakui sebagai tunangan orang ada beberapa dugaan terpaksa diharunginya sebelum bergelar suri hati seseorang. Bagaimanapun dugaan itu bukanlah masalah besar. Pasangan ini bakal diijabkabulkan dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung di Villa Sentosa, Taiping Perak pada pagi Jumaat. (rkty/w)