fbpx

“Kahwin Dengan Lelaki Bujang Senang Dibentuk & Mengikut”

Meskipun hangat diperkatakan mengenai isu hutang terpalit dirinya, namun pelakon Rozita Che Wan tenang menitipkan ucapan istimewa buat suami tercinta, Zain Saidin.

Semalam, merupakan ulang tahun perkahwinan pasangan itu yang ke-11. Menerusi satu perkongsian, Che Ta berkata meskipun usia mereka berbeza 11 tahun namun bukan penghalang untuk bahagia.

BACA: Kecoh Rumah Kena Serbu, Che Ta Tenang Nikmati Sambal Udang & Siakap

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1)

“Kami kahwin dengan Zain umur kami 40 tahun dan Zain 29 tahun. Perbezaan usia tak jadi masalah sebab kelaku kami macam orang muda dan perangai Zain seusia dia,” tulisnya.

Sementara itu, Che Ta berkata perkahwinan kali keduanya itu lebih mudah kerana lelaki muda tidak banyak kerenah serta mudah dibentuk.

Malah, jarak usia Zain dengan anak sulungnya, Ammar Effendy hanya 10 tahun membuatkan hubungan mereka mudah rapat.

“Perkahwinan kali ke 2, kami rasa lebih mudah bila kita kahwin dengan lelaki bujang, senang dibentuk, senang mengikut, tambahan pula beza umur Zain dengan ammar aniq 10 tahun lebih je so senang nk rapat.

“Zain pula jenis yang tak cerewet, ikut suka je kami nk buat apa, dan dia bagi kebebasan penuh, apa yang kami tak suka, dia tak akan “up”, dan apa yang dia suka kami hanya ikut je, rasanya itulah yang membuatkan kami serasi .. Alhamdulillah..” tulisnya.

Dalam pada itu, Che Ta berharap perkahwinan yang dibina berkekalan sehingga ke akhir hayat serta mendoakan agar mereka diberi umur yang panjang.