Pagi tadi hangat diperkatakan apabila rumah pelakon popular, Rozita Che Wan atau Che Ta diserbu susulan tunggakan hutang pinjaman Majlis Amanah Rakyat hampir RM1 juta.
Susulan itu, pelbagai barangan rumah milik Che Ta bernilai hampir RM100,000 disita oleh pihak mahkamah.
BACA: Barangan Rumah Che Ta Bernilai Hampir RM100,000 Disita
Hasil tinjauan di Instagram pelakon itu, rata-rata netizen tidak melepaskan peluang untuk meninggalkan komen sindiran terhadap Che Ta.
Bagaimanapun, ada juga yang memberikan sokongan buat pelakon itu serta mengatakan setiap manusia ada ujian hidup mereka masing-masing.
Sementara itu, di Insta Story Che Ta tenang memuat naik gambar juadah makan tengah hari seperti sambal udang, siakap masak sweet sour, sayur goreng dan telur dadar.
SUMBER: Kosmo