fbpx

“Kahwin Bukan Jaminan Untuk Hidup Bahagia”

Dikala rakan seperjuangan sudah ramai berumah tangga, Fathia Latiff tidak melihat perkahwinan menjaminkan kebahagiaan. Malah, jelasnya perkahwinan juga bukan menjadi keutamaan beliau buat masa ini.

BACA: Bergelar Doktor Usia 25 Tahun, Adik Fathia Latiff Dipuji Ramai

“Bukan saya tidak percaya pada institusi perkahwinan tetapi pengalaman gagal dalam percintaan sebelum ini banyak mengajar dan mematangkan diri. Biarlah saya hidup sendirian dulu sehinggalah bertemu dengan lelaki yang tepat”

“Jika dulu, saya yang mengejar cinta lelaki tetapi kini tidak lagi. Selepas adik perempuan berkahwin, pastinya emak juga mahu melihat saya berumah tangga. Saya pula sebaliknya melihat perkahwinan bukan keutamaan buat masa sekarang,” jelasnya.

Bagi Fathia, beliau lebih sanggup hidup sendirian daripada hati dikecewakan lagi seperti sebelum ini. Beliau juga berpendapat, mungkin lelaki takut mendekatinya kerana beliau terlalu serius dalam bekerja.

Macam kedengaran trauma disitu. Harapnya Fathia tidak putus asa lama-lama, pasti ada jejaka diluar sana sudi mengisi kekosongan dan kekecewaan hati itu. (rtky/w)