fbpx

Bergelar Doktor Usia 25 Tahun, Adik Fathia Latiff Dipuji Ramai

Adik-beradik pelakon Fathia Latiff sememangnya cantik-cantik belaka. Baru-baru ini, foto graduasi adik Fathia iaitu Fasiha Latiff menjadi perhatian ramai di media sosial.

Mana tidaknya, gadis cantik ini baru saja menamatkan pengajian di Trinity College dan kini bergelar doktor muda di usia 25 tahun. Sememangnya gadis ini layak mendapat gelaran ‘beauty with brain’.

Rata-rata mengucapkan tahniah kepada Fasiha dengan gelaran yang diperolehnya seawal usia 25 tahun. Ramai juga yang memuji gadis tersebut kerana bukan saja memiliki rupa paras yang cantik, malah seorang yang bijak.

Tidak kurang juga ada yang berseloroh dengan mengatakan ramai pesakit lelaki yang akan datang nanti untuk mendapatkan rawatan dari ‘doktor cantik’ ini.

Apa pun, tahniah diucapkan kepada Fasiha Latiff di atas kejayaannya. Diharap pencapaian gadis ini boleh dijadikan inspirasi buat anak muda di luar sana.