Kahwin Tema Arab, Syarif Sleeq Selamat Bergelar Suami Malaque Mahdaly
Sabtu lalu, penyanyi dan pelakon Syarif Sleeq sah bergelar suami kepada Malaque Mahdaly pada majlis akad nikah yang berlangsung di Singapura meriah dihadiri ahli keluarga dan sahabat handai yang mengambil tema perkahwinan ala Arab.
Majlis pernikahan Syarif atau nama sebenarnya, Ahmad Syarifullah Ahmad Soribah bertemakan Arab dan pasangan mempelai menggayakan busana bertemakan negara padang pasir yang direka khas oleh pereka fesyen terkenal Singapura iaitu Lulu Alhadad.
Syarif Sleeq & Malaque yang juga merupakan bekas peserta Singapore Idol musim ketiga itu telah mengikat tali pertunangan pada awal tahun 2012.
Tahniah buat pasangan ini dan semoga perkahwinan yang dibina kekal sehingga ke syurga, Buat anda semua, ini beberapa keping gambar sekitar majlis perkahwinan pasangan ini untuk inspirasi anda — mana tahu boleh jadi ilham perkahwinan kelak. Enjoice! (rtky/m)
malaque? kemain nama. macam mana nak sebut tu
sebut lah MALAK. apa susah sangat? nama pun jd issue ke?
Kompius…ni blog gosip artis ker blog gosip niaga segera??