fbpx

Kad Sudah Diedar, Fasha Sandha & Aidil Bakal Bertunang?

Jika benar seperti apa yang disampaikan oleh Cik Pang melalui Harian Metro, tahniah diucapkan buat Fasha Sandha dan juga Aidil Aziz. Lagipun, peminat pun sememangnya sudah lama ternantikan saat bahagia ini. Menurut Cik Pang, majlis pertunangan akan dijalankan pada pertengahan November ini juga.

BACA: Aliff Syukri Kantoikan Fasha Sandha Bakal Kahwin?

“Apa tarikh dipilih Fasha dan Aidil tidak pula Cik Pang tahu kerana maklumat berkaitan majlis pertunangan itu pun ada sumber yang menyampaikan kerana ujarnya kad undangan sudah diedar”

“Mengikut cerita sumber itu kepada Cik Pang lagi, majlis pertunangan Fasha dan Aidil juga akan dilangsungkan secara tertutup. Dalam erti kata lain, pasangan itu khabarnya hanya menjemput saudara dan kenalan rapat menghadiri majlis istimewa mereka,” jelas ruangan pojok tersebut.

Tambah sumbernya lagi, Fasha dan Aidil berkemungkinan akan melangsungkan perkahwinan pada tahun hadapan namun sebarang tarikh masih belum ditetapkan.

Apa pun, semoga segala persiapan dan juga perancangan ke arah membina rumahtangga bahagian pasangan ini akan dipermudahkan. (rtky/s)