fbpx

Aliff Syukri Kantoikan Fasha Sandha Bakal Kahwin?

Baru saja semalam, Fasha Sandha kononnya bingung mengapa bekas suami mengucapkan tahniah kepadanya. Hari ini, khabarnya Datuk Aliff Syukri pula meninggalkan komen seolah Fasha bakal bernikah tidak lama lagi.

BACA: Fasha Sandha Keliru Ucapan Tahniah Bekas Suami

Menerusi Instagram Fasha telah memuat naik gambar bersama anaknya. Namun komen yang ditinggalkan Aliff seolah memberi bayangan rakan baiknya itu bakal menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat.

Umum mengetahui Fasha dan Aliff memang bersahabat baik, jadi tidak hairanlah kalau berita baik itu diketahui Aliff. Dalam kenyataan Fasha sebelum ini juga, beliau tidak menafikan cuma meminta memberi masa.

Kalau sudah jodoh, tunggu apa lagi. Lagi cepat lagi bagus! Bekas suami, Jejai juga sudah memberi lampu hijau, siap dengan ucapan tahniah lagi awal-awal. Harap Fasha sudi berkongsi berita baik ini nanti. (rtky/w)