fbpx

Ini kisah kedua penipuan berlaku terhadap artis tempatam melibatkan wang tunai dalam jumlah yang besar selepas pengurus Alyah lari dengan wang hampir RM40,000.

Harian Metro melaporkan hari ini yang Lisa Surihani telah kehilangan RM50,000 apabila kad ATM beliau telah di’tukar oleh individu lain tanpa pengetahuan aktress ini.

Ibu Lisa Surihani, Siti Amira Ahmad menyedari kehilangan wang tersebut apabila beliau ingin mengeluarkan wang pada pagi Jumaat yang lalu dan mendapati baki akaun bank telah berkurangan.

Apabila perkara ini di’rujuk kepada pihak bank, mereka memaklumkan yang kad ATM milik Lisa Surihani sudah tidak boleh di’pakai kerana sudah di’ganti dengan kad baru oleh individu lain.

“Buat masa ini saya tidak mahu menceritakan kejadian sebenar yang terjadi tambahan ia kini dalam siasatan polis dan hanya akan memberi penjelasan selepas siasatan selesai,” jelas Lisa Surihani yang di’hubungi.