fbpx

“Kacak Sangat Ke Saya Sampai Dituduh Buat Pembedahan Wajah?”

Selain dikenali ramai kerana bakatnya dalam penciptaan lagu, penampilan dan gaya pemakaian penyanyi dan komposer Hael Husaini juga antara selebriti yang sering menjadi perhatian ramai.

Sentiasa tampil kemas serta cita rasanya dalam berpakaian juga sangat tinggi, timbul spekulasi mengatakan Hael sanggup melakukan pembedahan kosmetik di bahagian wajah semata-mata untuk nampak segak.

BACA: Hael Husaini Sahkan Nabila Razali Bakal Beraksi Di AJL35

Hael berkata terdapat perubahan pada wajahnya namun ia bukanlah disebabkan pembedahan kosmetik seperti yang didakwa sesetengah pihak.

“Kacak sangat ke saya sampai dituduh melakukan pembedahan wajah? Saya rasa macam biasa sahaja. Mungkin perubahan berlaku apabila saya mencukur jambang yang dibela, sejak sekian lama.

“Sebelum ini, saya terikat dengan kontrak yang memerlukan saya tampil seperti seorang yang berusia, jadi kenalah simpan jambang.

Kata Hael lagi, dia tidak percaya bahawa seseorang itu perlu melakukan pembedahan wajah untuk kelihatan lebih kacak kerana baginya penampilan boleh berubah jika digayakan dengan betul.

“Saya tak percaya untuk kelihatan kacak, kena buat pembedahan wajah. Kita ada penata gaya dan tatarias yang boleh merubah penampilan.

“Saya bukanlah seorang yang obses untuk mengubah wajah. Apa yang anda lihat pada saya sudah cukup sempurna. Wajah saya ‘ori’ tau,” ujarnya.