fbpx

Hael Husaini Sahkan Nabila Razali Bakal Beraksi Di AJL35

Menggantikan Nabila Razali mendendangkan lagu Peluang Kedua pada malam ketiga Separuh Akhir Muzik Muzik (SFMM) Ke-35, Hael Husaini berharap Nabila dapat menyanyikan lagu tersebut di AJL35 nanti.

Terbaru, menerusi satu perkongsian di Twitter, Hael mengesahkan bahawa Nabila akan menyanyikan lagunya sendiri, di pentas Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) yang dijangka berlangsung pada 7 Februari depan.

BACA: Hael Husaini Harap Nabila Razali Dapat Nyanyi Di AJL35

Menerusi perkongsian itu, Hael yang juga merupakan komposer lagu tersebut bersama MFMF mengucapkan selamat maju jaya buat Nabila yang pertama kali akan membuat persembahan di pentas besar itu.

Terdahulu, Nabila mengumumkan terpaksa menarik diri daripada bertanding dalam Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 (SFMM35) selepas dinasihatkan oleh doktor untuk berehat berikutan keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan.