fbpx

Kacak Minta Duit Dengan Bakal Bapa Tiri, Baru Setuju Ibu Kahwin

Sebelum ini, hangat diperkatakan apabila anak kepada jutawan terkenal, Datuk Seri Vida iaitu Cik B tidak bersetuju untuk ibunya berkahwin dengan bekas pembantu peribadi, Ahmad Iqbal.

Namun berbeza dengan Kacak yang tidak kisah ibunya berkahwin lagi. Tetapi dia tidak setuju dengan mudah dengan individu yang bakal menjadi bapa tirinya.

BACA: Cik B Geli Tengok Video Sweet Iqbal & DSV

https://www.tiktok.com/@d_masiv/video/7007835121239805211?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Menerusi satu video dikongsikan di TikTok, Kacak sempat bergurau meminta wang daripada bakal bapa tirinya jika mahu berkahwin dengan ibunya.

Perkongsian Kacak itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terhibur dengan video tersebut. Malah, Kacak sempat meninggalkan komen gurauan mahukan RM10,000 sebulan.

Sementara itu pada kapsyen video tersebut, Kacak mengatakan dia hanya bergurau sahaja kerana dia juga ada duit sendiri.

Terdahulu, Cik berkata dia takut hilang kasih sayang seorang ibu jika Vida berkahwin lagi. Malah, dia juga serik dengan kisah perkahwinan terdahulu ibunya yang putus di tengah jalan