Tidak bersetuju dengan perkahwinan ibunya Datuk Seri Vida dengan bekas pembantu peribadi, Ahmad Iqbal, Cik B berkata dia takut hilang kasih sayang seorang ibu.
Kata Cik B lagi, dia juga serik dengan kisah perkahwinan terdahulu ibunya yang putus di tengah jalan. Ujarnya, di usia 50 tahun ibunya hanya perlu fikirkan tentang keluarga.
BACA: Cik B Tak Setuju DSV Kahwin, Dedah Selalu Gaduh Dengan Iqbal
“Umur macam mama sekarang ni tidak perlu fikir fasal perkahwinan, mama hanya perlu fikir tentang keluarga. Mama nak kahwin buat apa lagi?”
“Saya tak suka mama kahwin lagi sebab ramai lelaki yang kahwini mama sebelum ini ada banyak sisi buruk mereka. Lebih baik mama be happy dengan saya dan adik… lagi pun saya tak suka ada ayah baharu,” katanya kepada mStar.
Ditanya mengenai video sweet ibunya meraikan hari lahir Iqbal, Cik B menunjukkan reaksi geli melihat video berkenaan serta turut berharap ianya hanya untuk pemasaran sahaja.
“Saya rasa cringe. Bila masa pula saya anak dia. Benda ni berlaku sangat cepat dan mengejutkan, saya harap ini semua hanya marketing. Tapi risau juga takut mama tu terjatuh hati pula,” katanya.
Terdahulu, Vida dan Iqbal dikhabarkan merancang untuk mendirkan rumah tangga pada Disember ini. Namun, Vida bimbang apabila perkahwinan itu tidak dipersetujui Cik B dan mahu membuat solat hajat untuk melembuatkan hati anaknya itu.