fbpx

Justin Timberlake Bakal Rakam Album Baru Selepas Enam Tahun?

Kali terakhir Justin Timberlake muncul dengan album penuh adalah enam tahun yang lalu — atau tujuh, ikut fahaman matematik anda sendiri. Yang penting, penyanyi ini sudah bersedia untuk kembali.

Memiliki enam anugerah Grammy & terjual lebih 14 juta unit dengan dua album sebelum ini, keputusan Justin Timberlake untuk kembali rakamkan album memang di’nantikan pada peminat setia beliau.

Melalui Twitter & laman rasmi beliau, Justin Timberlake lancarkan sebuah video teaser yang memberikan gambaran yang beliau sudah bersedia untuk kembali dalam bidang muzik & mencipta lagu baru.

Namun, tiada tarikh sebenar atau maklumat lanjut mengenai langkah baru Justin Timberlake dalam dunia muzik ketika ini — sehingga ada pihak mengandaikan ianya tidak lebih daripada teaser untuk pelancaran versi baru Myspace kurang seminggu dari hari ini.