fbpx

Justin Bieber Menyewa Stadium Untuk Selena Gomez & Tonton Titanic

Si romantik Justin Bieber memang romantik orang’nya.

Jumaat lalu, Justin Bieber & Selena Gomez menghabiskan masa bersama di sekitar pantai sebelum ke konsert rakan mereka, Demi Lovato.

Selepas menyaksikan konsert Demi Lovato di Nokia Theater, Justin Bieber membawa teman wanita beliau ke Staples Center yang terletak berdekatan untuk menonton wayang.

Oh yeah, seluruh area yang menjadi gelanggang pelbagai acara & sukan itu di’sewa khas Justin Bieber untuk menonton filem romantis blockbuster ‘Titanic’.

Namun begitu, menurut laporan TMZ, Justin Bieber tidak perlu membayar walau sekupang duit pun kerana Staples Center berbesar hati untuk memberikan satu malam kepada pasangan ini.

Ini semua kerana Justin Bieber telah tiga kali mengadakan konsert peribadi di’situ dan kesemuanya mencatatkan jualan tiket sold out.

Bertuah badan Selena Gomez, sudahlah dapat teman lelaki popular seantero dunia, romantik pula. Dan kini dapat menonton filem khas dalam sebuah arena bertaraf stadium. Good job Bieber!