fbpx

Jumpa Keluarga Syatilla Melvin: Shaheizy Sam Enggan Komen Lanjut

Nama Syatilla Melvin tiba tiba menjadi perhatian peminat dunia hiburan selepas gossip berlegar mengatakan yang beliau kini bergelar kekasih kepada pelakon popular, Shaheuzy Sam.

Bercakap kepada mStar Online, Shaheizy Sam mengakui yang beliau kini berkawan rapat & selesa dengan Syatilla Melvin tetapi semuanya masih terlalu awal buat mereka.

“Namun, saya tidak mahu memikirkan secara serius mengenai persahabatan kami pada waktu ini. Segalanya masih terlalu awal,” ujar Shaheizy Sam yang di’temui baru baru ini.

Tetapi pelakon lelaki ini enggan mengulas lanjut tentang khabar yang mengatakan beliau telah bertemu keluarga Syatilla Melvin kerana perlu menjaga hati banyak pihak.

“Maaf, saya tidak dapat komen sejauh mana rapat hubungan saya dan Syatilla. Cukuplah, saya katakan kami berkawan — banyak hati yang perlu saya jaga,” tambah beliau lagi.