Impian pelakon Hannah Delisha untuk menimang cahaya mata sulung tidak kesampaian apabila berkongsikan khabar duka dia mengalami keguguran.
Menerusi perkongsian di X, Hannah turut memberikan kekuatan kepada wanita yang berdepan dengan situasi yang sama dengannya.
BACA: Ramai Sakit Mata Tengok Seluar Hannah Delisha
Experienced my first missed miscarriage.
Sending my love & strength to all women who have lost a pregnancy. An unbearable grief, experienced by many but talked about by few — I hope by reading this post, it can remind someone they are not alone.
May Allah heal us, ease our pain… pic.twitter.com/k3LXzgsP0F
— Hannah Delisha (@HANNAHDELISHA_) March 17, 2024
“Saya mengaami keguguran untuk kandungan pertama. Saya ingin berkongsi rasa cinta dan kekuatan kepada wanita yang pernah mengalami keguguran,” tulisnya.
Dalam pada itu, Hannah berharap perkongsian itu sedikit sebanyak dapat memberikan semangat buat wanita diluar sana yang pernah mengalami keguguran bahawa merkea tidak bersendirian.
Hannah turtu menitipkan doa agar diberikan kesembuhan serta kekuatan dan berharap dapat bertemu dengan anaknya di syurga kelak.
“Kesedihan yang tidak tertanggung dialami oleh ramai wanita namun tidak dikongsi. Semoga Allah memberi kesembuhan, meringankan kesakitan dan mengisi hati dengan ketenangan. InsyaAllah jumpa di syurga nanti sayang,” tulisnya.