fbpx

Juliana Evans Umum Hamil Anak Kedua

Perkongsian pelakon jelita Che’ Puan Juliana Sophie Johari Evans menjadi perhatian apabila mengumumkan dirinya kini sedang hamil anak kedua.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Juliana dilihat turut memuat naik beberapa keping gambar dan video ‘baby bump’.

BACA: Datang Majlis Tanpa Bodyguard, Che Puan Juliana Evans Akui Suka Berdikari

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Juliana Sophie Evans (@julianaevans)

“Kami sangat gembira untuk mengumumkan bakal menimang cahaya mata kedua dan kami sangat teruja,” tulisnya.

Juliana turut meminta pengikutnya mendoakan yang baik-baik serta turut memberitahu kehamilannya kini berada di trimester kedua.

Perkongsian isteri kepada kerabat diraja Johor dan Selangor, Y.A.M Tengku Sharifuddin Shah Tengku Sulaiman Shah itu mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis dan netizen yang mengucapkan tahniah.

Juliana mendirikan rumah tangga dengan Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah pada 2017. Pasangan itu dikurniakan seorang puteri Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah Tengku Shariffuddin kini berusia empat tahun.