fbpx

Datang Majlis Tanpa Bodyguard, Che Puan Juliana Evans Akui Suka Berdikari

Pelakon Che Puan Juliana Evans berkata dirinya masih lagi orang yang sama selepas bergelar isteri kepada Tengku Sharuffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj, kerabat diraja Johor dan Selangor.

Memetik Astro Gempak, Juliana berkata status Che Puan tidak banyak perkara yang berubah tentang dirinya apatah lagi dia masih suka berdikari.

BACA: Juliana Evans Tersenarai Sebagai Individu Berjaya Di Malaysia 2021

“Saya rasa tidak banyak perkara berubah tentang dir saya, maksudnya mungkin adalah beberapa perkara melibatkan protokol yang perlu saya ikut.

“Kalau berbicara mengenai diri, sudah tentu lebih matang lagi pun usia juga dan mencecah 30-an tapi saya masih lagi suka berdikari.

“Saya tetap orang yang sama, kadang-kadang saya lupa sebab dah biasa sangat hidup berdikasi tapi adakalanya suami beri peringatan,” katanya.

Ditemui pada majlis Tayangan Perdana Program-Program Raya Awesome TV 2022 di ibu kota baru-baru ini, Juliana tidak diiringi oleh pengawal peribadi.

Berkongsi mengenai kerjayanya, Juliana berkata dia masih lagi menerima tawaran berlakon malah suaminya turut memberikan sokongan terhadap minatnya itu.

“Saya masih lagi suka bekerja dan mahu mempunyai pendapatan sendiri, lagi pun berlakon adalah minat saya. Tidak dinafikan memang ada banyak struggle untuk menjadi seorang pelakon, saya tahu dan saya sudah pun melalui semua kesusahan itu dahulu..” katanya.

Dalam pada itu, Juliana turut menegaskan tidakada layanan istimewa diberikan kepadanya di set penggambaran meskipun bergelar Che Puan.

“Saya masih lagi dapat tawaran berlakon, kalau dapat watak yang baik, pengarah best, kualaiti cerita yang bagus jadi kenapa tidak saya lakukan kan. Layanan istimewa di set penggambaran? Tak adalah mereka layan saya macam biasa sahaja. Pada saya itu sudah memadai,” katanya.

Juliana mendirikan rumah tangga dengan Tengku Sharaffuddin pada 30 April 2017. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata, Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah.