Hampir dua tahun mendirikan rumah tangga, Mac lalu Cik Puan Juliana Evans mengumumkan b berita gembira dimana beliau dan suami bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi.

Usia kandungan memasuki lapan bulan, baru-baru ini, Juliana Evans berkongsikan gambar-gambar sekitar majlis Baby Shower di akaun Instagram miliknya.


BACA: Juliana Evans Umum Hamil Anak Pertama

Majlis bertemakan rona putih itu turut dihadiri oleh rakan-rakan artis seperti Nadia Brian dan Liyana Jasmay. Juliana kelihatan anggun mengenakan busana putih disisi suaminya yang segak memakai sut warna sedondon.

Semoga segala urusan Juliana Evans melahirkan bayi sulung nanti dipermudahkan. Kami kongsikan sikit beberapa keping gambar sepanjang majlis berlangsung.