Pelakon Che Puan Juliana Evans meluahkan rasa syukur selamat melahirkan cahaya mata ketiga, bayi lelaki pada Sabtu lalu.
Menerusi perkongsian di Thread, Juliana turut berkongsikan bayi lelakinya seberat 3.55 kilogram itu diberi nama Tengku Ismail.
BACA: Juliana Evans Umum Hamil Anak Ketiga
View on Threads
“Alhamdulillah. Kami amat bersyukur. Tengku Ismail telah selamat dilahirkan. Terima kasih atas semua ucapan,” tulisnya.
Pada Jun lalu, Juliana Evans mengumumkan berita gembira dirinya bakal menimang anak ketiga dan kehamilan itu sesuatu yang dinanti-nantikan.
Juliana mendirikan rumah tangga bersama Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah pada 30 April 2017.
Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah, 6, dan Tengku Saidatul Ihsan Zabedah Fauziah Putri.