Jurugambar kami hari ini teruja kerana beberapa keping gambar beliau menghiasi isi dalam majalah Perempuan — ya, jurugambar kami sememangnya professional.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...
Dan ketika itu jugalah kami terlihat Juliana Evans yang anggun menghiasi majalah Jelita. Berminat kami untuk mengorek berita.
Jelita edisi Oktober 2011 kali ini merupakan edisi khas perkahwinan maka soalan berkaitan perkahwinan timbul untuk selebriti jelita ini.
Menurut Juliana Evans, beliau kini tiada perancangan pun untuk menamatkan zaman bujang sementelah belum mempunyai calon yang sesuai.
Beliau tidak menetapkan yang bakal suami semestinya jejaka Inggeris tetapi tidak menolak sebarang kemungkinan. Yang penting buat jelitawan ini, jejaka tersebut boleh di’terima keluarga beliau.
Menariknya, Juliana Evans mempunyai satu impian besar yang beliau mahu tunaikan sebelum berkahwin — melancong ke Amsterdam, Belanda.
Juliana Evans yang akan melanjutkan ijazah dalam bidang Komunikasi Massa di Amerika Syarikat tidak lama lagi berkata beliau jatuh hati & terpesona dengan sejarah dan seni bina Amsterdam dan pergi ke sana adalah salah satu impian besar beliau.