fbpx

Juliana Evans Dermakan Susu Badan Di Mekah

Baru saja menimang cahaya mata Julai lalu, Che Puan Juliana Evans kini berada di Tanah Suci Mekah bagi mengerjakan ibadah umrah bersama suami. Anaknya baru berusia tiga bulan, Juliana mendedahkan dia masih aktif memerah susu badan ketika berada di sana.

Bagaimanapun, Juliana memberitahu dia tidak dapat membawa pulang susu tersebut untuk anaknya dan akan mendermakannya kepada sesiapa yang memerlukan di sana.

BACA: Tengku Kamiliah Zanariah Josephine, Nama Anak Juliana Evans

“Ada yang bertanya, apa yang saya lakukan dengan susu badan saya ketika travel. Sebenarnya saya masih ‘pump’ susu sekurang-kurangnya sekali atau dua kali sehari.

“Kemudian saya simpankannya di dalam peti sejuk dan sebelum saya check out dari hotel, saya cuba dermakannya dengan bertanya sesiapa yang memerlukan atau mencari bank susu,” katanya.

Menerusi Insta Stroy, Juliana menjawab soalan netizen yang bertanyakan mengenai perkara itu. Juliana turut berkongsikan foto alat memerah susu.

Juliana baru sahaja melahirkan puteri sulungnya, Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah pada 12 Julai lalu.

Juliana mendirikan rumah tangga bersama Tengku Shariffudin Shah Tengku Shah Al-Hajj pada 30 April 2017