fbpx

Juliana Evans Belum Terdesak Mahu Kahwin

Tidak pernah putus daripada soalan mengenai perkahwinan dan juga kekasih hati, pelakon Juliana Evans menyatakan bahawa buat ketika ini dia belum tefikir untuk berkahwin malah dirinya kini pun masih lagi solo.

BACA: Juliana Evans Elak Berkahwin Dengan Pemain Bola Sepak

“Sekarang saya belum terfikir lagi soal kahwin kerana tiada teman lelaki, tetapi siapa kita untuk menghalang jodoh dan ketentuan Tuhan? Justeru saya tak perlu nak terburu-buru dan terdesak untuk kahwin”

“Saya ada beberapa tahun lagi sebelum memikirkan ke arah itu. Saya menyasarkan sebelum umur 30 tahun akan berkahwin tetapi jika tiga tahun lagi belum ada kekasih, baru saya akan bimbang. Bukan tak mahu bercinta sekarang tapi mahu fokus kepada kerjaya,” jelasnya kepada Harian Metro.

Selain itu, pelakon yang berusia 26 tahun ini juga menyifatkan bahawa komitmen di dalam percintaan adalah sebagai sesuatu yang menakutkan kecuali jika berjumpa dengan lelaki pilihan yang betul-betul sesuai. (rtky/s)