Pelakon Julia Farhana memaklumkan dia kini dalam proses bercerai dengan suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz.
Menerusi satu podcast, Julia memberitahu dia meninggalkan rumah sehelai sepinggang selepas berpisah dengan suaminya.
BACA: “Dah 7 Bulan Kami Tak Berjumpa” – Julia Farhana Bakal Fail Cerai
Menurut Julia, ketika itu dia hanya membawa beg tangan, pakaian yang dipakai serta kasut tanpa membawa barangan lain.
“Saya sudah berpisah dengan suami dan kami sedang dalam proses bercerai. Saya keluar dari rumah hanya dengan membawa beg tangan berisi barang-barang penting seperti kad pengenalan.
“Saya terlupa bawa pasport tapi saya dapat juga pasport, pembantu saya ambilkan di rumah. Saya keluar dengan apa yang saya pakai ketika itu, sepasang kasut, itu saja,” katanya.
Kata Julia lagi, selepas dia meninggalkan rumah, dia tidak lagi berjumpa dengan suaminya atau kembali ke kediaman berkenaan. Dalam pada itu, Julia berkata fokus utamanya kini untuk mencari rumah baru dan bina kehidupannya semula.
“Sejak hari itu, saya tak pernah jumpa dia lagi dan tak pernah kembali ke rumah tersebut. Saya pun tak tahu di mana kunci rumah. Jadi, semua barang yang saya bawa hari ini memang barang baru. Baju yang saya pakai ini pun hadiah daripada kawan-kawan,” katanya.
“Jangan risau, saya ada duit. Cuma buat masa sekarang, itu bukan keutamaan saya. Ada perkara lebih penting seperti mencari rumah baru dan mulakan semula kehidupan dari kosong,” katanya.
Terdahulu, Julia memberitahu dia bakal memfailkan cerai terhadap suaminya namun enggan mengulas lanjut mengenai punca kemelut rumah tangganya.