fbpx

Jue Aziz Akui Tertekan Sering Ditanya Bila Nak Hamil

Apa yang dilalui oleh pelakon Jue Aziz merupakan salah satu gejala yang sering terjadi kepada pasangan yang baru berkahwin. Pelakon ini yang baru sahaja kehilangan bapanya baru-baru ini, mengakui rimas dan berasa tertekan dengan soalan – bilakah dia akan menimang cahaya mata.

BACA: Jue Aziz Terkilan Bapa Tak Sempat Timang Cucu

“Saya tertekan dan rimas apabila orang tanya ‘bila nak ada anak?’. Penat dah nak jawab. Sampaikan dalam hati saya berkata-kata, tak ada soalan lain ke? Siapa yang tidak mahu anak. Tetapi semua itu kuasa Allah,” jelasnya kepada mStar Online.

Menjelaskan situasi sebenar, dia dan juga suaminya, Bayu Pramana Putra Achmal, hampir setiap bulan akan membuat pemeriksaan untuk mengetahui adakah dia hamil atau pun sebaliknya. Namun dua bulan lalu, pelakon ini mula redha dengan ketentuaan Allah selain tidak lagi mempedulikan persoalan berkaita cahaya mata tersebut.

Semoga pasangan ini akan sentiasa dilimpahi bahagia dan juga cepat dikurniakan cahaya mata. Kami rasa bukan Jue seorang sahaja yang mengalami masalah yang sama berkaitan dengan soalan tersebut. Lama kelamaan orang lain akan henti bertanya juga akhirnya. (rtky/s)