fbpx

Jue Aziz Terkilan Bapa Tak Sempat Timang Cucu

Berkongsi kisah mengenai ayahnya, Abdul Aziz Maidin, yang seakan-akan merajuk pada Aidilfitri ini, pelakon Jue Aziz tidak menyangka perkara tersebut sebagai petanda pemergian bapa tersayangnya itu. Allahyarham dikebumikan di tanah perkuburan di kawasan Nilai pada malam tadi.

BACA: Sekitar Resepsi Perkahwinan Jue Aziz & Bayu Daniels

“Saya terkilan sebab belum mengandung lagi dan bapa tidak sempat tengok cucunya. Abah berkelakuan agak pelik kebelakangan ini sebab dia macam merajuk dengan kami semua. Rupa-rupanya abah hendak pergi (meninggal) patutlah dia jadi sensitif dan merajuk dengan anak-anak”

“Kali terakhir saya berjumpa arwah pada malam tadi (semalam) di hospital. Dia buka-buka mata saja dia peluk saya. Saya dan adik-beradik sempat minta maaf, namun saya reda sebab doa saya agar abah pergi pada hari dan waktu yang baik ditunaikan Allah,” katanya kepada Harian Metro.

Bapa Jue Aziz yang berusia 67 tahun meninggal dunia pada petang semalam akibat serangan jantung di sebuah hospital di Seremban malah perkara tersebut turut membuatkan mereka sekeluarga terkejut kerana sebelum ini bapanya hanya menghidap kencing manis dan darah tinggi. (rtky/s)