fbpx

Sekitar Resepsi Perkahwinan Jue Aziz & Bayu Daniels

Gosip pernah melanda pelakon ini mengatakan dia berkahwin secara senyap-senyap bersama seorang penyanyi Indonesia dan perkara itu akhirnya diakui oleh Jue Aziz sendiri. Pasangan secocok ini mendirikan rumah tangga di kampung halaman Bayu Daniels, di Makassar, Indonesia pada 9 Mac tahun lalu.

BACA: Mahkamah Putuskan Pernikahan Jue Aziz Sah, Ikut Syarak

Sebelum ini, Jue pernah menyatakan dia tidak berniat untuk merahsiakan perkahwinan tersebut daripada pengetahuan umum cuma tidak dihebahkan kerana tidak mahu publisiti meluas tentang perkara itu.

“Keluarga restu dan mengetahui tentang pernikahan kami dan tidak pernah kami sorokkan kepada sesiapa yang mengenali cuma ia tidak dihebahkan secara meluas dalam media kerana saya tidak berapa selesa dengan publisiti,” katanya ketika disoal mengenai status perkahwinannya, tahun lalu.

Melalui instagram miliknya, ternyata Jue telah lama membuat persiapan majlisnya ini dan bersyukur kerana majlisnya itu berjalan lancar. Apa-apa pun, kami doakan Jue dan juga keluarga menjalani kehidupan yang bahagia.

Kami kongsikan gambar mereka sepanjang resepsi untuk tatapan anda. Eh, muka sudah seiras suami isteri. Memang secocok sangat! (rtky/syfq)