“Saya kasihan dengan keadaan orang itu. Dengan anak-anak masih kecil dan masalah dengan suami. Jadi, saya tidak jadi nak buat semua itu dan lebih selesa berdiam diri”

Itu komen Jue Aziz kepada Kosmo! apabila di’tanya tentang apakah tindakan yang beliau mahu ambil kepada individu yang memulakan gossip tentang dirinya bersama Aidil Zafuan.


Dari gaya bahasa pun peminat sudah pasti boleh mengagak siapakah yang di’maksudkan oleh Jue Aziz tersebut & pelakon ini sekali lagi tampil menafikan semua fitnah yang timbul.

Semalam, kecoh gossip mengatakan Jue Aziz & Aidil Zafuan kini sudah dalam fasa serius dan pelakon ini menerima hadiah barangan mewah daripada suami Rita Rudaini itu.

“Bagi Jue, ini semua mengarut & tidak betul. Jue sendiri tidak tahu apa-apa dan sebab perkara ini boleh berlaku. Mungkin orang itu gembira dengan membuat cerita-cerita seperti ini”


“Jadi, biarlah dia nak cakap apa. Bagi Jue, benda (gossip) itu semua tidak betul,” ujar Jue Aziz ketika di’hubungi.