"Saya Solat Istikharah Minta Petunjuk Sebelum Bercerai"
Enggan mendedahkan tarikh penceraian, Jue Aziz mengesahkan sudah bercerai dengan suami, Bayu. Bagaimanapun Jue menafikan punca penceraian mereka kerana soal tidak mempunyai zuriat selama berkahwin.
BACA: Jue Aziz Belum Putus Asa Dapatkan Anak
“Tetapi saya perlu memikirkan kebahagiaan diri sendiri. Apa yang berlaku ini adalah ketentuan Allah. Kami bercerai secara baik dan hubungan masih baik. Justeru, tidak perlu untuk saya mengaibkan mana-mana pihak pun”
Jelas Jue, beliau mendapat kekuatan untuk membuat keputusan bercerai selepas melakukan solat istikharah memohon petunjuk Allah. Baginya bukan mudah untuk memutuskannya namun demi kebahagiaannya sendiri.
“Saya lakukan solat istikharah memohon petunjuk Allah SWT sebelum membuat keputusan untuk bercerai. Bukan mudah bagi saya membuat keputusan ini tetapi selepas solat itu, akhirnya saya dapat kekuatan untuk membuat keputusan”
“Pada mulanya, Bayu tidak mahu melepaskan saya tetapi selepas perbincangan lanjut akhirnya dia akur dengan keputusan ini. Saya akui Bayu melayan saya dengan baik sepanjang hampir lima tahun kami berkahwin,” jelasnya.
Terdahulu Jue berkahwin dengan Bayu pada 9 Mac 2014 tetapi perkahwinan mereka tidak dikurniakan cahaya mata. Namun pasangan itu mengambil seorang anak angkat yang kini berusia lima tahun. (rtky/w)
- SUMBER
- Harian Metro
Cakap jela ko da x nk laki ko lagi Nnt x lama lagi kawin lain lak
Cantik Jue nie…aku dari dulu minat…
Mmg cantik Jue ni…Ayu manis muka dia…kesian
Firasat dlm solat istikharah mmg jelas bila kita lakukn dgn ikhlas hati n bergantung pd nawaitu kita, tapi tujuan solat bkn utk menginyayai org. Ada jgk yg petunjuk dtg bkn dpd Allah tapi syaitan yg nk menyesatkn iman kita, diriknlh solat istikharah setelah kita tanpa culas mendirikn solat wajib 5 waktu. Harap fhm maksud tersirat.
Lps ni dgn mdh dia boleh dpt suami yg lbh lg… InsyaAllah.
Kami doakan yang terbaik utk mu jue.