fbpx

Jue Aziz Belum Putus Asa Dapatkan Anak

Lain orang lain rezekinya, pun begitu Allah lebih mengetahui setiap apa yang berlaku. Begitulah juga dengan nasib Jue Aziz yang pernah mengalami keguguran sebanyak tiga kali berturut-turut. Walaupun pernah berasa kecewa dan terkilan dengan pengalaman pahit yang melanda dirinya itu, namun Jue tetap tidak berputus asa berusaha untuk mendapatkan zuriat.

BACA: Jue Aziz Keguguran, Redha Ujian Allah

“Pada mulanya saya berasa kecewa juga kerana sudah beberapa kali hamil, tetapi setiap kali memasuki trimester pertama berlaku keguguran. Mungkin juga salah saya pada ketika itu yang tidak cukup rehat dan terlalu penat bekerja. Namun nak buat macam mana mungkin belum ada rezeki kerana saya hanya mendapat tahu saya hamil bila saya sudah keguguran”

“Bagaimanapun saya tak putus asa untuk mendapatkan zuriat saya sendiri bersama suami dan berserah pada rezeki daripadaNya,” jelasnya kepada portal Astro Gempak mengenai keinginannya untuk terus berusaha hamil walaupun sudah beberapa kali mengalami keguguran.

Untuk pengetahuan, Jue Aziz telah mendirikan rumah tangga bersama seorang pemuzik daripada Indonesia, Bayu Daniels. Mereka mempunyai seorang anak angkat lelaki bernama Darwish yang berusia 4 tahun. Buat Jue, semoga terus tabah dengan ujian yang diberikanNya. (rkty/w)