fbpx

Jue Aziz Sudah Berhijrah, Kini Bertudung Penuh

Tahniah kami ucapkan kepada Jue Aziz kerana telah pun berhijrah ke arah kebaikan dengan mengenakan hijab penuh. Jue Aziz telah mula mengambil keputusan untuk bertudung penuh pada Rabu minggu lalu.

BACA: Jue Aziz Akui Tertekan Sering Ditanya Bila Nak Hamil

Menurut laporan daripada Beautifulnara melalui Kosmo!, keputusan Jue dalam bertudung dalam masa yang sama turut berkaitan dengan pemergian ayah pelakon ini pada 31 Julai lalu.

Apa-apa pun, perkhabaran gembira dan ke arah kebaikan ini sepatutnya disokong dan semoga Jue Aziz juga sentiasa istiqamah di dalam menghadapi kehidupan selepas berhijrah. Harapnya juga rezeki Jue dan keluarga semakin melimpah ruah dan dipermudahkan. (rtky/s)