fbpx

Jue Aziz Akhirnya Mengaku Sudah Berkahwin

Awal April yang lalu, kami ada melaporkan tentang khabar angin yang kononnya pelakon Jue Aziz kini sudah berkahwin secara senyap dengan seorang jejaka berasal dari Indonesia yang dikenali sebagai Bayu Daniels.

BACA: Jue Aziz Kahwin Senyap Di Indonesia?

Hari ini menerusi laporan Kosmo!, Jue Aziz atau nama sebenarnya Zuliana Abdul Aziz mengakui status beliau yang sudah bergelar isteri kepada Bayu Daniels selain berkata beliau bukan sengaja untuk menyembunyikan perkara baik ini.

“Ya, saya sudah berumah tangga dan kini saya merupakan isteri kepada Bayu. Kami mendirikan rumah tangga di kampung halaman suami di Makassar, Indonesia pada 9 Mac lalu,” kata Jue Aziz ketika diminta mengulas tentang berita tersebut.

Sedang dikemaskini …