fbpx

Jualan Besar Kedai Buku POPULAR/HARRIS Ini Buat Korang Jadi Tak Keruan!

Sebut jer kedai buku POPULAR/HARRIS pasti anda dah sedia tahu kan? Ramai yang mengaku, kita ni membesar dengan kedai buku ini jer. Asal nak cari buku, sinilah tempat pilihan yang tepat untuk kita jejakkan kaki di sini…hehe. Tiba-tiba teringat pula zaman belajar dulu-dulu kan? Rindu betul!

Mana taknya, asal weekend atau ada masa lapang jer pasti anda akan menjejaki kedai buku kesayangan anda tu. Bukan setakat gembira dan seronok melihat satu tempat yang dipenuhi dengan timbunan buku, tapi juga suasana yang terdapat di kedai buku yang berjaya membuatkan kita seolah-olah berada dalam dunia kita sendiri.

Ada Jualan Besar!

Bagi pencinta buku mesti anda tak nak terlepas apabila ada jualan besar-besaran daripada kedai buku anda kan?

Haa..anda dah boleh get ready dah untuk pergi ke kedai buku POPULAR/HARRIS kerana dorang nak buat jualan besar-besaran pada 8 hingga 11 Julai ini di 38 kedai buku POPULAR/HARRIS terpilih!

Benefit Sebagai Ahli

Kalau anda ahli/member di kedai buku kegemaran anda ni, anda akan dapat diskaun sebanyak 20%! Pelbagai jenis produk menanti anda nanti, termasuk alat tulis, gajet dan IT, CD dan DVD, buku pelbagai genre, seperti fiksyen, gaya hidup, bukan fiksyen, kanak-kanak dan buku komik, dan sebagainya!

Bukan itu sahaja, eksklusif untuk ahli Kad POPULAR, anda daftar atau perbaharui Kad POPULAR/ E-kad selama 3 tahun untuk mendapatkan baucar tunai RM10. Ataupun, anda juga boleh daftar atau perbaharui Kad/ Ecard POPULAR selama 1 tahun untuk mendapatkan baucar tunai RM6. *Kedua-dua baucar boleh digunakan dengan segera.

Ha amacam? Tak rugi pun kalau anda daftar sebagai ahli atau perbaharui jer kad anda untuk dapatkan benefit yang kami cakap di atas sebentar tadi.

Hot Deals

Ada lagi gais, anda juga akan dapat penjimatan sehingga 60%* ke atas untuk 50 item khas yang dipilih seperti buku, CD, VINNFIER Momento 5 True Wireless Earphone, KINGMAX Flash Drive 32GB dan banyak lagi!

Anda juga boleh beli dan dapatkan ganjaran! Mudah jer, anda hanya belanjakan RM150 dan ke atas semasa POPULAR BIG SALE ini dan berpeluang untuk melayakkan anda menerima baucar tunai RM10. Wah bestnya!

Tawaran Beli-Dengan-Belian (PWP)

Selain itu, anda juga boleh belanja RM80 dan ke atas, beli 3M Scotch Titanium Detachable Kitchen Scissors OR ONPRO 10,000mAh 18w Fast Charge Power Bank pada harga istimewa dan dapat diskaun sehingga 50%* Pergh, mantap bro!

Tak sabar rasanya nak ke kedai buku POPULAR/HARRIS pada 8 hingga 11 Julai ini! Jangan lupa bagitahu kawan-kawan anda juga tau. Kalau anda malas sangat nak ke sana kan, anda WhatsApp jer di LINK INI untuk menggunakan perkhidmatan Order, Pick & Go.

Untuk maklumat lanjut, KLIK SINI atau boleh ke pautan Laman Web, Facebook dan Instagram POPULAR Malaysia.