Jual ‘Sejadah Doa Makbul’, DSV Dituduh Penunggang Agama?
Baru-baru ini perkongsian jutawan terkenal, Datuk Seri Vida menjadi perhatian ramai apabila mempromosikan sejadah keluarannya yang diberi nama ‘Sejadah Makbul Doa’.
Menurut Vida, sejadah tersebut diinspirasikan daripada Mekah dalam masa sama dapat melepaskan rasa rindu mereka dengan Masjidil Haram.
BACA: DSV Mohon Maaf, Tiada Niat Riak Dengan Kekayaan
View this post on Instagram
“Rindu nak tatap kaabah. Teringat doa di Multazam waktu pergi Umrah tahun tahun sebelum ni. Cara saya nak lepaskan rindu saya keluarkan, sejadah yang diinspirasikan daripada pintu kaabah, Hajarul Aswad, Kiswah di Masjidil Haram,” tulisnya.
Bagaimanapun, nama sejadah keluaran Dato Vida itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang menyifatkan ianya salah satu marketing menggunakan agama.
Tidak kurang juga ada yang mendakwa perbuatan tersebut khurafat serta ada netizen menuduh usawahan tersebut sebagai penunggang agama.
Meskipun dikecam teruk, setakat ini masih tiada penjelasan lanjut daripada Vida sendiri mengenai perkara itu. Malah, usahawan tersebut dilihat mempromosikan jualan sejadah itu seperti biasa.
- SUMBER
- Ohmymedia
Pamoga mana? Buah delima dah pupus ke?
Kalau ada jg rakyat marhaen yg nak beli time2 susah cenggini,tak Tau la nak cakap
makbol ke tidak terpulang pada rahmat dan syafaat Nya bukan sbb sejadah kau la hawau
Sejadah beratus kalu solat x kyusyuk tak jadi.
yakinnya kamu..huhu
Siapa lah yg masih termakan dengan propaganza dia ni. Jual produk putih tp anak sendiri mmmm….ha ha ha mmm ha ha malas nak maki kak oi. Lupikir la ye.
Syirik kecik ni. Tunjuk dalil disebabkan sejadah doa automatik kan dimakbol?
Marketing yg menyesatkan.
Harga asal Rm199?
Kah kah kah 30 pun aku pikir 2 kali nk beli.
Kalu 2 helai x sampai seratus rasanya kos sebenar 10-30 ringgit sehelai.
rider mcm si ninja yg jual sliper kalis neraka tu kan sis?
Org lain dh lama jual kak oih tp xde la mahal cmni. Shopee bersepah.
syukur ramai yg tak percaya. maketing ke neketing ke toketing ke. aku malu sbg seorg islam, dia gunakan cara ni nak majukan bisnes. kalau rosak akhlak org sbb kamu, kamu tanggung ke? tak pernah tanya diri sendiri tu semua kan. kwn2 semua, selalu doa keturunan kita dijauhkan dari makhluk Allah yg suka menyesatkan. nauzubillah
Allah swt hadirkan dia utk menjadi pengajaran buat kita semua. Sama juga dgn jutawan2 yg lain. Renung renungkanlah, selamat beramal.
Kakak kandung neelopak ni … penunggang agama tersohor
Yg aku peliknya nape jutawan produk kecantikan mesia sumernya niaga produk lain. Ada yg berniaga bideo menari nampak mcm salah parking, ada yg nak jd tukang masak, yg makcik ni dari niaga obat putih jual sejadah doa makbul pulak. Apa dah jd ngan produk kecantikan, terlajak laku ke? Aku pun ada jual sejadah 30 hinggit je yg bila korang doa atas sejadah aku tak tentu doa korang makbul. Ada yg makbul doanya ada yg kena tunggu lama utk dapat apa yg korang doakan dan ada yg tidak makbul doanya mungkin krn solat tak khusyuk. Satu ingatan sebelum solat atas sejadah aku pastikan wudhuk sempurna. Sumer atas kehendak Allah bukan pasal sejadah aku. Sape nak beli?