fbpx

Jual Kereta, Motosikal & Trofi, Ali Puteh Syukur Berjaya Kumpul RM75,000

Pelawak Ali Puteh meluahkan rasa syukur kerana akhirnya berjaya mengumpulkan wang berjumlah RM75,000.

Perkara itu dikongsikan oleh Ali menerusi akaun TikTok miliknya serta mengucapkan terima kasih buat mereka yang membeli barangan jualannya itu.

BACA: Netizen Sebak Tengok Isteri Ali Puteh Menangis Jual Kereta Honda

Difahamkan, wang berjumlah RM75,000 itu adalah untuk melangsaikan tuntutan saman kepada balu Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah Hamzah.

Dalam pada itu, Ali turut berterima kasih kepada mereka yang mendoakan buat dirinya serta keluarga dan semoga Allah membalas jasa baik mereka.

Perkongsian Ali itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut meluahkan rasa syukur serta mengatakan selepas ini pelawak itu dapat memberi fokus kepada perniagaan sambalnya selepas ini.

Sebelum ini, Ali menjual trofi kemenangannya, sebuah motosikal jenis RXZ dan kereta Honda Accord bagi mendapatkan wang untuk melunaskan hutang kakak iparnya.