fbpx

Netizen Sebak Tengok Isteri Ali Puteh Menangis Jual Kereta Honda

Sebelum ini, pelawak Ali Puteh dilaporkan menjual beberapa trofi kemenangannya ketika menyertai program realiti dan difahamkan semua trofi tersebut sudah pun terjual.

Terbaru, menerusi akaun Instagram @pojie.pidon, Ali turut menjual motosikal jenis RXZ miliknya serta kereta Honda Accord berwarna putih.

BACA: Ali Puteh Jual Semua Trofi Kemenangan Program Lawak

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ???? ????? ? (@pojie.pidon)

Menerusi video dikongsikan, isterinya iaitu Melati Fitri dilihat gagal menahan air mata apabila terpaksa melepaskan kereta tersebut kepada pembeli baru.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut sebak melihat isteri Ali menangis serta mendoakan agar dipermudahkan urusan serta dimurahkan rezeki keluarga pelawak itu selepas ini.

Terdahulu, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memerintahkan Ali dan tiga ahli keluarganya membayar RM60,000 kepada balu Abam Bocey, Hidayah kerana mengeluarkan kata-kata mengaibkan wanita itu di Instagram, dua tahun lalu.