fbpx

“Jual Kereta Mewah, Superbike Bukan Sebab Duit”

Pelakon Hairul Azreen memberitahu keputusannya untuk menjual superbike dan kereta mewahnya itu bukanlah disebabkan dia mempunyai masalah kewangan seperti yang diperkatan netizen di sosial media. Malah, pelakon ini berkata dia mampu untuk membelinya semula sekiranya dia mahukan.

“Saya jual bukan disebabkan faktor duit. Saya jual sebab ada perasaan macam takut, sebab saya ada kawan juga yang mempunyai superbike sebelum ini, dan telah pun menjualnya selepas mempunyai anak yang kedua. Mungkin kawan saya datang itu, untuk mengingatkan saya. Kalau saya nak beli lagi pun boleh,” katanya yang ditemui di majlis tayangan perdana filem XX Ray III.

BACA: Hairul Azreen Jual Kenderaan Mewah Nazar Anak Kedua

Hairul turut mendedahkan bahawa dia sebenarnya sebelum ini tidak boleh membawa motor yang berkuasa tinggi seperti superbike yang telah dijualnya itu, akan tetapi dia teringin untuk memilikinya.

“Sebenarnya saya tak boleh bawa motor. Masa saya beli ini pun, sebab saya teringin. Sebagai seorang lelaki saya teringin nak beli superbike”

“Saya pernah cakap dengan family saya, kalau saya beli motor ini mungkin akan jadi apa-apa dengan saya. Jadi saya dapat, mungkin saya akan sekejap sahaja pakai sampai puas,” katanya lagi. (rtky/h)