Jual Baju Tidur Kanak-Kanak, Ali Puteh Syukur Netizen Support Beli
Sudah lama tidak menerima tawaran seni, kini pelawak Ali Puteh menjalankan perniagaan menjual baju kanak-kanak menerusi media sosial untuk menjana pendapatan.
Menerusi video di aplikasi TikTok, Ali berkata dia menjual tiga pasang baju dengan harga RM28 sahaja.
BACA: Ali Puteh Tak Melenting Digelar Babi, Ajak Netizen Tingkatkan Ibadah
@ohbulanofficial Pelawak Ali Puteh memilih untuk berniaga sebagai usaha menjana pendapatan ? #ohbulan #sembangentertainment #aliputeh #keniaga #baju #kanakkanak #jana #pendapatan
“Jangan salah sangka. Kalau orang lain nak cakap saya jual mahal, terpulang. Saya tak jual sepasang tetapi sekali tiga set,” katanya.
Dalam video tersebut, Ali dilihat menadah tangan setiap kali ada yang yang membeli baju yang dijualnya itu.
“Alhamdulillah ada yang order lagi. Ya Allah semoga murah rezeki awak. Terima kasih banyak,” katanya.
Diruangan komen, rata-rata netizen memberikan sokongan kepada Ali serta tidak mempedulikan kata-kata negatif dilemparkan terhadapnya.
Sementara itu, memetik mStar Online, Ali berkongsikan dalam sehari dia menjual sebanyak 100 helai baju kanak-kanak serta meluahkan rasa syukur diatas sokongan diberikan orang ramai.
“Nak kata lumayan sangat itu tidak tapi dapat menampung hidup saya daripada tidak buat apa-apa semasa bulan puasa ini.
“Sehari dapat juga saya jual 100 helai baju kanak-kanak. Saya syukur sangat ramai yang menyokong perniagaan saya,” katanya.
Sebelum ini, Ali memberitahu akan menyelesaikan bayaran RM60,000 kepada balu Allahyarham Abam Bocey, Norhidayah sebelum Aidilfitri ini.
- SUMBER
- Oh Bulan
- mStar Online
Rezeki Allah maha luas..
Semoga Allah permudahkan segala urusan utk kamu
Nko BRHUNTONG ali dilahirkan di Malaysia, rkyat Malaysia nie wlupn mulot kitaorg nie BRBISA hti weollz semua boiikkkkk
Mulut puaka cerminan hati puaka takde istilah mulut jahat hati baik.
Semoga dipermudahkan segala urusan..semoga bertambah rezeki Ali.
Semua org buat salah. Ali terkhilaf dgn kakak ipar. Apa nk buat. Benda dah lepas.
Kerja keras Ali. 60 ribu banyak tu..