Ali Puteh Tak Melenting Digelar Babi, Ajak Netizen Tingkatkan Ibadah
Sebut saja nama Ali Puteh pasti ramai tahu pelawak itu sering dikecam susulan kemelutnya dengan kakak iparnya, Siti Norhidayah.
Baru-baru ini, perkongsian Ali menjadi perhatian apabila memuat naik komen seorang netizen yang yang sanggup mendoakannya agar tidak dapat melunaskan bayaran RM60,000 kepada Norhidayah.
BACA: Sedar Usia Dah Meningkat, Ali Puteh Ucap Selamat Hari Jadi Untuk Diri Sendiri
Malah, individu itu juga turut menggelarnya sebagai babi serta berharap pelawak itu diberi balasan sengsara di dunia dan akhirat.
View this post on Instagram
Bagaimanapun, Ali tidak melatah dengan komen netizen itu serta mengatakan bahawa dia sudah hampir menyelesaikan bayarannya yang tertunggak.
Malah, Ali turut mengajak netizen untuk bersama-sama meningkatkan ibadah sempena di bulan mulia ini. Ali turut mengucapkan terima kasih kepada individu itu diatas doa diberikan.
Terdahulu, Ali berkata dia berjanji akan melunaskan bayarannya kepada Hidayah sebelum Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Eleh tak censor nama. Sebenarnya nak ajak mana2 netizen yg sudi tuk pi serang mamat tu
Semoga dimurahkn segala urusan saudara Ali…buat semua diluar sana…jangan main2 dan menginaya anak yatim nanti Allah balas segera di dunia lagi…balasan di alam barzah dan alam akhirat pasti lebih dashat lg
kau maki x pe pulak..
Mohd Jagat … Win bro ! .
Kau org maki Ali., Ali yg dapat pahala..
Anak arwah abam yatim saje masih ada emak. Ali yatim piatu takde emak takde ayah. Kesiankan lah ali dia anak yatim piatu.