fbpx

Joy Revfa Sudah Temui Pengganti, Tayang Kekasih Baru

Tahun lalu menyaksikan kisah pergolakan rumah tangga usahawan kosmetik Joy Revfa bersama penyanyi nasyid Hafiz Hamidun, yang akhirnya pasangan tersebut disahkan bercerai talak satu. Kini, Joy Revfa dilihat lebih bahagia dan meneruskan kehidupannya seperti biasa.

Terbaru, Joy kini dikhabarkan sudah menemui pengganti dan dilihat semakin terbuka untuk berkongsikan mengenai hubungannya bersama kekasih barunya itu bernama Faiz dengan memuat naik beberapa foto bersama di Instagram.

BACA: Letih Berebut Lif, Joy Revfa Pindah Rumah Baru 7 Bilik

Menerusi sebuah akaun @revfaiz, kekasihnya itu juga turut dilihat memuat naik beberapa foto mesra bersama Joy beserta kepsyen romantik.

Rata-rata pengikutnya mengucapkan tahniah dan berharap agar kekasih baru Joy itu dapat memberikan kebahagian kepada dia dan anaknya serta dipermudahkan agar jodoh mereka sampai ke jinjang pelamin.

Joy Revfa atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin pernah mendirikan rumah tangga sebelum ini dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Arryan Firdaus yang kini berusia tiga tahun.