Lama tak dengar cerita mengenai usahawan kosmetik Joy Revfa. Tahun lalu, kisah pergolakan rumah tangganya bersama penyanyi Hafiz Hamidun menjadi perhatian ramai. Kini, Joy Revfa lebih bahagia dan meneruskan kehidupan seperti biasa bersama anak tunggalnya.

Baru-baru ini, Joy ada memuat naik gambar rumah baharunya di Instagram. Joy memberitahu, walaupun rumahnya itu tidaklah besar mana, namun dia boleh bercucuk tanam dan tidak perlu lagi berebut untuk menaiki lif.


BACA: Terima Bunga, Joy Revfa Dah Jumpa Pengganti?

“Alhamdulillah, akhirnya saya dan Arryan berpindah ke sini. Sekarang sibuk pemindahan masuk ke rumah baru. Rumah kami tak la besar macam istana orang lain tapi cukup untuk kami berdua rasa bahagia seperti sebuah istana.

“Lama kami berdua duduk di kondo yang berlif sebelum ni, letih dah berebut-rebut lif dengan orang lain. Sekarang baru ada kesempatan untuk beli rumah bertanah sendiri. Senang nak bercucuk tanam kat halaman rumah,” ujarnya.


Joy juga turut memberitahu rumah baharunya itu mempunyai tujuh buah bilik. Katanya lagi, untuk pesakit asma sepertinya dia memerlukan rumah yang mempunyai banyak pokok dan udara yang bersih.

“Rumah ini ada tujuh bilik, senang nak letak ‘adik-beradik’ Arryan yang lain nanti (haha jangan kena beranak ramai dah la lepas ni.) Al maklum pesakit asma macam saya kena dekat dengan pohon-pohon yang menyegarkan dan udara bersih,” ujarnya.

Dalam pada itu, Joy juga berharap penghijrahan itu bakal memberi kehidupan yang lebih baik buat dirinya